Kuiz Bahasa Inggeris - Vocabulary (E-Learning
20 September 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 September 2023, Selasa, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Rantau Panjang telah mengadakan Kuiz Bahasa Inggeris - Vocabulary (E-Learning) yang bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 4:00 petang di PEDi Rantau Panjang. Aktiviti tersebut telah disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis) para peserta. Para peserta telah diberi satu halaman kuiz Bahasa Inggeris di dalam Internet iaitu gamestolearnsenglish.com. Disini, peserta telah menjalani kuiz memahami perkataan dan padankan dalam Bahasa Inggeris berlandaskan gambar yang tertera. Pada akhir kelas ini, peserta telah belajar perkataan yang baru bagi mereka dalam Bahasa Inggeris.
Diharap dengan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada anak - anak komuniti dalam menguasai Bahasa Inggeris mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: